• UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo


PERSIDANGAN ISWC 2025 ANJURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) BERSAMA PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN UNGKU AZIZ (UAC)

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Ekonomi telah menetapkan sasaran kemiskinan tegar sifar menjelang akhir tahun 2025 sebagai sebahagian daripada komitmen nasional dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat. Bagi merealisasikan matlamat ini, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) telah dilancarkan dan Universiti Malaya, melalui Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan program ini di peringkat akademik dan komuniti.

Melihat kepada kualiti produk dan sambutan positif yang diterima, UAC telah mengenalpasti peserta yang menunjukkan potensi tinggi untuk diketengahkan dalam pasaran korporat. Usaha ini menerima galakan apabila pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali lagi menyatakan minat untuk bekerjasama dalam memasarkan lagi produk peserta IBMT melalui projek khas sempena Persidangan ISWC KWSP 2025

Pihak KWSP telah menyatakan minat untuk mendapatkan produk berkualiti dan sihat seperti kekacang campuran (mixed nuts) daripada peserta IBMT. Melalui kerjasama ini, produk kekacang eksklusif yang dihasilkan oleh peserta IBMT akan dijadikan cenderahati rasmi kepada peserta, panel, dan tetamu persidangan. Selain itu, UAC turut diberikan ruang untuk membuka booth pameran sepanjang persidangan bagi tujuan promosi, peningkatan keterlihatan serta membina jaringan strategik bersama pemain industri. Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang pemasaran kepada peserta IBMT, malah memperkukuhkan kedudukan UAC sebagai peneraju utama dalam usaha membasmi kemiskinan secara mampan menerusi pendekatan bersepadu antara akademik, komuniti dan sektor korporat.





BIL.PRODUK IBMT YANG BOLEH DIDAPATI DI BOOTH EPFUNIT
1MINI REMPEYEK26pcs
2CHOC CHIP ALMOND COOKIES50pcs
3DARK CHOCOLATE280g
4POPIA NESTUM CONFLAKES220g
5KUIH KAPIT12pcs

Last Update: 16/06/2025