
Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya (UM) ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Universiti Malaya serta umat Islam yang menyambutnya.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi inti pati sambutan Hari Raya Korban. Mudah-mudahan semangat pengorbanan dan kebersamaan ini terus menyatukan kita dalam memperkukuh ukhuwah, menyemai rasa empati serta mempertingkatkan semangat saling membantu dalam kehidupan bermasyarakat.
Diharapkan sambutan Aidiladha kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan buat seluruh warga universiti, keluarga serta masyarakat keseluruhannya. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Warmest Greetings,
The Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Universiti Malaya (UM) extends its heartfelt wishes of Eid Al-Adha to all members of the UM community and Muslims celebrating this blessed occasion.
May this meaningful celebration inspire us to uphold the values of sacrifice, sincerity, compassion, and devotion embodied in the spirit of Eid Al-Adha. May it further strengthen the bonds of unity, empathy, and togetherness within our university community and society at large.
May this blessed Eid bring peace, happiness, and abundant blessings to you and your loved ones. May all acts of worship and sacrifice be graciously accepted, and may we continue to be blessed with mercy, prosperity, and well-being.
Happy Eid Al-Adha.
Last Update: 26/05/2026