Program Telaah@UM Siri 1/2026 Perkukuh Budaya Ilmu dan Diskusi Akademik di UM
Kuala Lumpur, 28 Januari 2026 – Kerjasama strategik antara Perpustakaan Universiti Malaya (UM) dan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), UM telah berjaya menganjurkan Program Telaah@UM Siri 1/2026 bertempat di Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya. Penganjuran program ini pada tarikh yang signifikan bersempena hari kelahiran Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, yang dilahirkan pada 28 Januari 1922, merupakan satu penghormatan kepada tokoh ilmuwan tersohor negara.
Program Telaah merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan memupuk budaya membaca serta menggalakkan diskusi ilmiah dalam kalangan warga sekolah dan institusi pengajian tinggi. Program ini bermula sebagai sebuah audio siar mingguan yang mengulas buku-buku penting dan berpengaruh, sebelum diperluaskan melalui sokongan portal digital serta penganjuran sesi ‘book talk’ di kampus. Pendekatan ini menjadikan Program Telaah sebagai sebuah platform signifikan bagi perbincangan intelektual dan perkongsian ilmu merentas disiplin.
Bagi Program Telaah@UM Siri 1/2026, sesi telaah telah disampaikan oleh Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya. Beliau telah menelaah dua buah karya yang dianggap tidak ternilai dari sudut keilmuan dan sejarah, iaitu Riwayat Ungku Aziz hasil karya Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar, serta The Renaissance Man yang ditulis oleh beberapa tokoh akademik terkemuka, antaranya Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob, mantan Naib Canselor kelapan UM yang kini berkhidmat sebagai Canselor, Kolej Universiti Inovatif.
Sesi telaah ini menekankan pendekatan analisis yang kritis dan akademik, sekali gus membuka ruang perbincangan yang mendalam mengenai sumbangan pemikiran, kepimpinan serta legasi tokoh-tokoh ilmuwan yang dibincangkan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang menyerlahkan lagi kepentingan program ini sebagai wadah pengukuhan budaya ilmu, pembacaan serta wacana intelektual dalam kalangan komuniti Universiti Malaya.
Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan Universiti Malaya dalam memperkasa ekosistem ilmu, selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berdaya fikir kritis dan berwawasan.
Telaah@UM Programme Series 1/2026 Strengthens the Culture of Knowledge and Academic Discourse at Universiti Malaya
Kuala Lumpur, 28 January 2026 – A strategic collaboration between the Universiti Malaya (UM) Library and the Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), UM successfully organised the Telaah@UM Programme Series 1/2026 at the Za’ba Memorial Library, Universiti Malaya. The programme was held on a significant date in conjunction with the birth anniversary of the late Royal Professor Ungku Abdul Aziz, who was born on 28 January 1922, as a tribute to one of the nation’s most distinguished scholars.
The Telaah Programme is an initiative of the Ministry of Higher Education (MOHE) aimed at cultivating a culture of reading and promoting scholarly discourse among school communities and institutions of higher learning. The programme began as a weekly podcast reviewing important and influential books, and has since been expanded through the support of a digital portal and the organisation of on-campus book talk sessions. This approach has positioned the Telaah Programme as a significant platform for intellectual discussion and cross-disciplinary knowledge sharing.
For Telaah@UM Programme Series 1/2026, the book review session was delivered by Professor Dr. Zamri Radzi, UM Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs). He reviewed two works regarded as invaluable from both scholarly and historical perspectives, namely Riwayat Ungku Aziz authored by Professor Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar, and The Renaissance Man, written by several prominent academic figures, including Professor Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob, the eighth former Vice-Chancellor of UM, who currently serves as Chancellor of Kolej Universiti Inovatif.
The session emphasised a critical and academic analytical approach, thereby fostering in-depth discussions on the intellectual contributions, leadership, and legacy of the eminent scholars highlighted.
The event was further graced by the presence of Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, underscoring the importance of the programme as a platform for strengthening the culture of knowledge, reading, and intellectual discourse within the Universiti Malaya community.
Such initiatives are expected to continue as part of Universiti Malaya’s ongoing efforts to strengthen its knowledge ecosystem, in line with the aspirations of the Ministry of Higher Education to nurture a knowledgeable, critically minded, and forward-looking society.