• Welcome to UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo


TAHNIAH & SYABAS

Warga Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Nurul Ashikin Alias (Felo Penyelidik UAC) dan Dr. Nik Zirwatul Fatihah Ismail (Felo Penyelidik Pasca Kedoktoran UAC), bersama kumpulan penyelidik Prof. Dr. Sajaratulnisah Othman (Pensyarah, Universiti Malaya) dan Puan Shuhaida Salleh (Penolong Pengurus, Pusat Kecemerlangan ANGKASA) atas kejayaan memperoleh, melaksanakan dan menyempurnakan projek penyelidikan di bawah Geran Kolokium Inovasi Penyelidikan untuk Kecemerlangan Koperasi menerusi projek bertajuk:

"Memperkasa Model Sedia Ada Bagi Memastikan Kelestarian Pusat Dialisis Koperasi"

Pencapaian ini amat membanggakan apabila Universiti Malaya dipilih sebagai salah satu daripada hanya enam (6) universiti di Malaysia yang menerima pembiayaan di bawah Geran Kolokium Inovasi Penyelidikan untuk Kecemerlangan Koperasi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa penyelidikan, inovasi dan kolaborasi strategik.