• Welcome to UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo


UAC TONJOLKAN PENYELIDIKAN DI EXPO STEM KEBANGSAAN 2026

Kuala Lumpur, 12 Februari 2026 – Program Expo STEM Kebangsaan 2026, yang berlangsung selama dua hari bermula 11 Februari hingga 12 Februari di KL Gateway, melabuhkan tirai dengan penuh jayanya, meninggalkan impak signifikan dalam memperkasa agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) negara.

Penganjuran pada tahun ini menyaksikan suasana yang meriah dan inspiratif dengan kehadiran pelbagai warga, terutamanya pelajar, pendidik, ahli akademik serta peminat STEM, yang berkumpul untuk meneroka inovasi dan teknologi terkini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam pembangunan STEM. Turut hadir ialah Profesor Emeritus Dato' Dr. Noraini Idris, Presiden Persatuan STEM Kebangsaan.

Sepanjang ekspo, pengunjung dapat menikmati pelbagai pameran interaktif, demonstrasi teknologi, sesi perkongsian ilmu serta aktiviti berimpak tinggi, yang membuka ruang kepada pertukaran idea dan pembinaan jaringan kolaborasi strategik antara akademia, industri, dan komuniti.

Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya (UM) turut menyertai sebagai pempamer dengan mengetengahkan hasil penyelidikan Penyelidik Bersekutu UAC serta jualan dan pameran buku berkaitan sumbangan Profesor Diraja Ungku Aziz. Penyertaan ini memperkukuh peranan UAC sebagai pemangkin pemindahan ilmu dan penyelidikan kepada masyarakat. Antara sorotan utama ialah sesi TED Talk berdurasi 10 minit yang disampaikan oleh Profesor Dr. Melati Sumari daripada Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan UM, yang juga merupakan Penyelidik Bersekutu UAC. Beliau mengetengahkan kajian mengenai Projek Terapi Rahmah yang bakal dilaksanakan oleh UAC.

Majlis penutup berlangsung dengan penuh bermakna, menandakan berakhirnya Expo STEM Kebangsaan 2026 yang sarat dengan ilmu, inspirasi dan semangat inovasi. Penganjuran ini sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform strategik dalam menyemai minat, memperkukuh kerjasama, dan memacu masa depan STEM negara.


UAC SHOWCASES RESEARCH AT NATIONAL STEM EXPO 2026

Kuala Lumpur, 12 February 2026 – The National STEM Expo 2026, held over two days from 11 to 12 February at KL Gateway, concluded successfully, leaving a significant impact in advancing the nation’s agenda in Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM).

This year’s event created a vibrant and inspiring atmosphere, attracting a diverse audience, including students, educators, academics, and STEM enthusiasts, who gathered to explore the latest innovations and technologies. The opening ceremony was officiated by Yang Berhormat Dato' Dr. Mohammad Yusof Apdal, Deputy Minister of Science, Technology, and Innovation, symbolizing the government’s continued commitment to STEM development. Also in attendance was Professor Emeritus Dato' Dr. Noraini Idris, President of the National STEM Association.

Throughout the expo, visitors enjoyed a variety of interactive exhibits, technology demonstrations, knowledge-sharing sessions, and high-impact activities, providing opportunities for idea exchange and the development of strategic collaborations between academia, industry, and the community.

The Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Universiti Malaya (UM) participated as an exhibitor, highlighting the research output of UAC’s Associate Researchers, as well as showcasing and selling books related to the contributions of Royal Professor Ungku Aziz. This participation reinforced UAC’s role as a catalyst for knowledge transfer and research dissemination to society. A key highlight was a 10-minute TED Talk delivered by Professor Dr. Melati Sumari from the Department of Educational Psychology and Counseling, Faculty of Education UM, who is also an Associate Researcher at UAC. She presented research on the Rahmah Therapy Project, which will be implemented by UAC.

The closing ceremony was held meaningfully, marking the end of the National STEM Expo 2026, which was rich in knowledge, inspiration, and innovation. The event once again demonstrated its role as a strategic platform to cultivate interest, strengthen collaboration, and drive the future of STEM in the country.