• Welcome to UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo


UAC UM Anjur Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Mengenang Almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz

Kuala Lumpur, 28 Januari 2026 – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya (UM) dalam menghargai jasa dan mengenang sumbangan besar Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, UAC secara konsisten menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil setiap tahun bersempena tarikh kelahiran Almarhum pada 28 Januari 1922.

Penganjuran majlis ini bukan sekadar bertujuan mendoakan kesejahteraan roh Almarhum, malah menjadi manifestasi penghormatan institusi terhadap seorang tokoh ilmuwan negara yang telah memberikan sumbangan luar biasa dalam membentuk dasar, pemikiran dan hala tuju pembangunan Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pangsapuri Inderaloka, Universiti Malaya dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penasihat UAC, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah di surau setempat. Majlis kemudian disusuli dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mizar Hilmi Abu Bakar, Pengetua Kolej Kediaman Kinabalu Kolej Kediaman ke-8), dan seterusnya diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

Seusai solat, para hadirin berpeluang mengikuti sesi ucapan dan perkongsian daripada dua tokoh yang amat dekat dengan Almarhum, iaitu Dato’ Kepten (Bersara) Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob, mantan Naib Canselor UM dan kini Canselor Kolej Universiti Inovatif, serta Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang mewakili Pengurusan Universiti Malaya. Kedua-dua tokoh ini berkongsi kenangan, keperibadian serta kepimpinan Almarhum yang sentiasa menjunjung nilai keilmuan, integriti dan kesejahteraan masyarakat.

Dalam pada itu, Pengerusi Pangsapuri Inderaloka, Encik Mohd Shukri Ramli, menyatakan harapan agar lebih banyak program berbentuk kerohanian, keilmuan dan kemasyarakatan dapat dianjurkan secara berterusan demi mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Sementara itu, Pengarah UAC, Datin Sri Profesor Dr. Suhaiza Hanim, turut menzahirkan harapan agar usaha UAC dalam menyantuni masyarakat dan menyemarakkan nilai ilmu, kemanusiaan serta pembangunan berteraskan legasi Almarhum akan terus diperkasakan demi manfaat generasi masa hadapan. Majlis ini sekali gus membuktikan komitmen UAC dan Universiti Malaya dalam memastikan legasi pemikiran dan perjuangan Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz terus dikenang dan dijadikan panduan dalam pembangunan negara yang seimbang dan berteraskan nilai.


UAC UM Organises Yasin and Tahlil Recital in Remembrance of the Late Royal Professor Ungku Aziz

Kuala Lumpur, 28 January 2026 – As part of its ongoing efforts to honour the service and commemorate the immense contributions of the late Royal Professor Ungku Abdul Aziz, the Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Universiti Malaya (UM), consistently organises a Yasin and Tahlil Recital every year in conjunction with his birthday on 28 January 1922.

The organisation of this event is not merely intended to offer prayers for the well-being of the late Professor’s soul, but also serves as a manifestation of the institution’s respect for a national intellectual figure who made extraordinary contributions in shaping Malaysia’s policies, thinking and development direction.

The event, held at the Inderaloka Apartment, Universiti Malaya, began with welcoming remarks by the UAC Advisor, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, followed by congregational Maghrib prayers at the local Surau. This was then followed by the Yasin and Tahlil recitation led by Ustaz Mizar Hilmi Abu Bakar, Principal of Kinabalu Residential College (Eighth Residential College), and concluded with congregational Isyak prayers.

After the prayers, participants had the opportunity to attend a session of speeches and reflections by two figures who were very close to the late Professor, namely Dato’ Captain (Retired) Emeritus Professor Dr. Hashim Yaacob, former Vice-Chancellor of UM and current Chancellor of Innovative International College, and Professor Dr. Zamri Radzi, Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs), representing the Universiti Malaya’s Management. Both shared their memories, the personality and leadership of the late Professor, who always upheld the values of scholarship, integrity and the well-being of society.

Meanwhile, the Chairman of Inderaloka, Mr Mohd Shukri Ramli, expressed his hope that more spiritual, intellectual and community-based programmes could be organised continuously to strengthen the relationship between the university and the local community.

At the same time, the Director of UAC, Datin Sri Professor Dr. Suhaiza Hanim, also expressed her hope that UAC’s efforts in engaging with the community and in nurturing the values of knowledge, humanity and development based on the late Professor’s legacy will continue to be strengthened for the benefit of future generations. This event further demonstrates the commitment of UAC and the Universiti Malaya to ensuring that the legacy of thought and struggle of the late Royal Professor Ungku Abdul Aziz continues to be remembered and serves as a guide in building a balanced, values-based national development.