• Welcome to UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo



UAC UM Anjur Dialog Antara Agama Perkasa Pembangunan Mampan Berteraskan Akar Umbi

 Petaling Jaya, 29 Januari 2026 – Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Pusat Dialog Peradaban UM serta Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) telah menganjurkan program Interfaith Dialogue for Grassroots and Sustainable Development Goals (SDGs), sebagai wadah memperkukuh penglibatan antara agama dalam menyokong agenda pembangunan mampan negara.

Program ini menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik, pemimpin agama, pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi masyarakat sivil bagi membincangkan peranan strategik dialog antara agama dalam mempromosikan pembangunan yang inklusif, adil dan lestari. Perbincangan turut menekankan kepentingan nilai sejagat, saling menghormati dan tindakan berasaskan komuniti dalam menangani cabaran pembangunan yang semakin kompleks di Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Penasihat UAC, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, diikuti ucapan oleh Profesor Datuk Dr. Denison Jayasooria, Ketua Sekretariat APPGM-SDG, yang menekankan keperluan penyelarasan dasar dan penglibatan aktif masyarakat dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan.

Ucapan utama disampaikan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak yang menegaskan bahawa kerjasama rentas agama merupakan elemen penting dalam membina masyarakat yang harmoni, berdaya tahan dan berteraskan nilai kemanusiaan sejagat. Beliau turut menekankan bahawa pembangunan mampan perlu berpaksikan tanggungjawab moral, keadilan sosial serta penghormatan terhadap kepelbagaian agama dan budaya.

Program diteruskan dengan sesi dialog yang dikendalikan oleh Dr. Teo Sue Ann, Pengarah Jabatan Advokasi Dasar Parlimen APPGM-SDG selaku moderator. Sesi ini menampilkan wakil daripada empat agama utama di Malaysia yang berkongsi perspektif akar umbi berkaitan pelaksanaan pembangunan mampan, iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Khairul Naim Che Nordin (Islam), Encik Surain Kanda (Hindu), Puan Ho Wan Chin (Buddha) dan Puan Jasmine Adaickalam (Kristian).

Dialog ini diakhiri dengan seruan bersama agar kerjasama antara agama terus diperkukuh bagi menterjemahkan nilai sejagat kepada tindakan yang nyata dan berimpak, selaras dengan prinsip SDG iaitu “tidak meninggalkan sesiapa pun”. Penganjur turut menyatakan harapan agar inisiatif ini menjadi platform berterusan dalam memperkasa kerjasama antara agama dan menyumbang secara signifikan kepada agenda pembangunan mampan Malaysia, berteraskan visi holistik Gerakan SEJAHTERA yang dipelopori oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak.


UAC UM Hosts Interfaith Dialogue to Strengthen Grassroots-Based Sustainable Development

Petaling Jaya, 29 January 2026 – The Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Universiti Malaya (UM), in collaboration with the UM Centre for Civilisational Dialogue and the All-Party Parliamentary Group Malaysia on the Sustainable Development Goals (APPGM-SDG), successfully organised the Interfaith Dialogue for Grassroots and Sustainable Development Goals (SDGs) programme as a platform to strengthen inter-religious engagement in advancing Malaysia’s sustainable development agenda.

The programme brought together policymakers, academics, religious leaders, non-governmental organisations, and civil society groups to deliberate on the critical role of interfaith dialogue in promoting inclusive, just, and sustainable development. Discussions highlighted the importance of universal values, mutual respect, and community-based action in addressing Malaysia’s increasingly complex development challenges.

The event began with a welcoming address by UAC Advisor, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, followed by remarks from Professor Datuk Dr Denison Jayasooria, Head of the APPGM-SDG Secretariat, who underscored the need for policy alignment and meaningful community participation in achieving the Sustainable Development Goals.

The keynote address was delivered by Emeritus Professor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak, who emphasised that interfaith cooperation is a vital pillar in building a harmonious, resilient and values-driven society. He stressed that sustainable development must be grounded in moral responsibility, social justice and respect for religious and cultural diversity.

The programme continued with a dialogue session moderated by Dr Teo Sue Ann, Director of the Parliamentary Policy Advocacy Department of APPGM-SDG. The session featured representatives from four major religions in Malaysia who shared grassroots perspectives on sustainable development: Associate Professor Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin (Islam), Mr Surain Kanda (Hinduism), Ms Ho Wan Chin (Buddhism) and Ms Jasmine Adaickalam (Christianity).

The dialogue concluded with a collective call to further strengthen interfaith collaboration in translating universal values into tangible and impactful action, in line with the SDG principle of “leaving no one behind.” The organisers expressed their hope that this initiative will serve as a continuing platform to empower inter-religious cooperation and contribute meaningfully to Malaysia’s sustainable development agenda, guided by the holistic vision of the SEJAHTERA Movement championed by Emeritus Professor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak.