
SIRI SYARAHAN PERDANA UAC 1.0
Kuala Lumpur, 3 Februari 2026 – Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya (UM) telah berjaya menganjurkan Siri Syarahan Perdana UAC 1.0 yang bertemakan “The Political Economy of Budgeting: Insights into Malaysia’s Development Trajectory” di Perpustakaan Peringatan Za’ba, UM. Program ini menghimpunkan penggubal dasar, ahli ekonomi, ahli akademik dan rakan strategik bagi membincangkan peranan keputusan fiskal dalam membentuk pertumbuhan inklusif, daya tahan ekonomi dan pembangunan negara jangka panjang.
Sesi dimulakan dengan perkongsian oleh Dato’ Sri Mustafa Mohammad (Penasihat, UAC) yang menyentuh asas-asas bajet, kepentingan disiplin fiskal serta keperluan menyediakan simpanan kewangan sebagai persediaan menghadapi cabaran global. Syarahan ini kemudiannya membawa peserta menelusuri perspektif sejarah melalui pembentangan Profesor Dr. Ichiro Sugimoto (Universiti Soka, Jepun) mengenai bajet negeri Johor pada era kolonial yang memperlihatkan tumpuan awal kepada lebihan fiskal dan pertumbuhan berasaskan eksport berbanding pengagihan sosial.
Perbincangan seterusnya diteruskan dengan kupasan isu semasa oleh Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid (Ketua Ahli Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Berhad) dan Dr. Ridzuan Kushairi Mohd Ramli (Kementerian Kewangan Malaysia), yang memberi tumpuan kepada landskap fiskal dan ekonomi Malaysia hari ini, termasuk tekanan kos sara hidup, perubahan pasaran buruh, peranan syarikat berkaitan kerajaan serta aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).
Secara kesimpulannya, Siri Syarahan Perdana UAC 1.0 menekankan peranan bajet sebagai elemen penting dalam pembangunan negara yang bukan sahaja menyokong kestabilan ekonomi tetapi juga memastikan keadilan dan transformasi jangka panjang.
“Bajet bukan sekadar alat teknikal, tetapi merupakan instrumen politik dan ekonomi yang penting dalam mengimbangi kestabilan,
keadilan dan transformasi dalam perjalanan pembangunan Malaysia.”
DISTINGUISHED LECTURE SERIES UAC 1.0
Kuala Lumpur, 3 February 2026 - The Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Universiti Malaya (UM) successfully hosted its Distinguished Lecture Series 1.0 under the theme “The Political Economy of Budgeting: Insights into Malaysia’s Development Trajectory” at the Za’ba Memorial Library, UM. The session brought together policymakers, economists, academics and strategic partners to examine how fiscal decisions shape inclusive growth, resilience and long-term national development
Opening the session, Dato’ Sri Mustafa Mohammad (Advisor, UAC) highlighted the fundamentals of budgeting, stressing fiscal discipline, public understanding of national finances and the importance of maintaining buffers to withstand global shocks. Professor Dr. Ichiro Sugimoto (Soka University, Japan) provided a historical perspective on Johor’s colonial budgeting, showing how early fiscal systems prioritised surplus accumulation and export-driven growth over social redistribution.
Contemporary discussions led by Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid (Chief Economist, Bank Muamalat Malaysia Berhad) and Dr. Ridzuan Kushairi Mohd Ramli (Ministry of Finance, Malaysia). focused on Malaysia’s current fiscal and economic landscape, including cost of living pressures, labour market shifts, the role of government-linked companies and the aspirations of the 13th Malaysia Plan (13MP).
Overall, the lecture series reinforced budgeting as a critical political and economic tool in balancing stability, equity and transformation in Malaysia’s development journey.
“Budgeting is not just a technical exercise. It is a powerful instrument that shapes resilience,
equity and Malaysia’s long-term development.”
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |