Bicara Persada | West Asia Crisis:
Implikasi Ekonomi, Apa Langkah Malaysia?
Selangor | 7 APR - Dunia kini berdepan gangguan tenaga terbesar dalam sejarah dengan harga minyak Brent mencecah USD110 setong dan ancaman Selat Hormuz yang mencetuskan "kejutan fizikal" ekonomi. Walaupun Malaysia tumbuh 5.2% pada 2025, status pengeksport bersih tenaga kian rapuh dan menuntut peralihan dasar daripada reaktif kepada tangkas data. Realiti ini dibedah dalam Bicara Persada - Krisis Asia Barat : Implikasi Ekonomi, Apa Langkah Malaysia? di Bilik Senat, UKM, anjuran bersama MINDA-UKM, MIER, dan UAC (UM).
Diskusi yang dikendalikan Tuan Haji Nazri Kahar bersama panelis Prof. Tan Sri Noor Azlan Ghazali, En. Firdaos Rosli, Dr. Chin Chee Seong, dan En. Ooi Lean Hin memberi amaran tentang risiko "perangkap fiskal" serta tekanan aliran tunai PKS. Malaysia perlu bertindak melampaui pelarasan subsidi bagi mendepani senario "perang berpanjangan" yang bakal menekan pasaran bon dan kecairan korporat. Kegagalan merangka respon bersepadu sekarang akan membawa kepada kelembapan ekonomi yang pasti.
LIHAT SINI ⬇️
#mindaukm #mindanews #bicarapersada #krisis #UKM #UM #MIER #uacum #bersamamembangunkannegara