• UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo

Syarat Penyertaan


 SAYEMBARA “MENELUSURI WARISAN UNGKU AZIZ: DEKLAMASI SAJAK DAN POSTER DIGITAL”     
"Mengenang Ungku Aziz: Monumen Minda, Warisan Bangsa"


KATEGORI: Poster Digital

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Terbuka kepada semua yang berminat. Peserta yang terlibat perlu memberikan komitmen untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.

1.2 Bahasa: Bahasa Melayu

1.3 Format : 

       1.3.1 PNG/JPEG/PDF
       1.3.2 Resolusi 300 DPI (Jelas)
       1.3.3 Size A3 (297mm x 420mm)
       1.3.4 Tegak (Potrait) atau mendatar (landscape)

1.4 Input Visual Poster:

      1.4.1 Peserta digalakkan untuk menghasilkan poster yang kreatif, menggunakan pelbagai elemen visual dan teknik reka bentuk seperti grafik digital, ilustrasi, atau gabungan imej dan teks
      1.4.2 Teks pada poster perlu jelas, mudah dibaca, dan menggunakan font profesional yang sesuai dengan tema.
      1.4.3 Imej/ilustrasi dan grafik digital yang digunakan pada poster perlu jelas.Sekiranya peserta menggunakan sebarang imej atau elemen grafik daripada sumber luar, pastikan ia bebas hakcipta kepada mana-mana individu dan entiti atau diperoleh secara sah.
      1.4.4 Karya perlulah mencerminkan legasi/pemikiran Ungku Aziz dan mengikut tema.
       1.4.5 Logo atau nama penganjur boleh dimasukkan, namun tidak boleh mengganggu reka bentuk utama poster.

1.5 Karya : Perlulah hasil ciptaan sendiri dan belum pernah diterbitkan atau dipertandingkan.

1.6 Penyerahan Karya : 

       1.6.1 Setiap peserta hanya boleh menghantar- satu (1) poster sahaja.

       1.6.2 Penyerahan fail PDF perlu dinamakan berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 

                Contoh: UACPoster_Nama Peserta

       1.6.3 Penyerahan poster perlu melalui e-mel rasmi pihak penganjur atau platform yang telah disediakan.

1.7 Hak Penganjur:

      1.7.1 Pihak penganjur berhak untuk menyunting, memuat naik atau menerbitkan setiap poster penyertaan tanpa mengubah maksud asal yang ingin disampaikan, bagi kegunaan program dan aktiviti yang dianjurkan.

      1.7.2 Nama peserta dalam poster berkenaan akan dinyatakan bagi mengekalkan karya asli penyertaan.

      1.7.3 Pihak penganjur berhak mengubah syarat pertandingan yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.


2. TEMA PENYERTAAN

2.1 Tema Sayembara:  
      "Mengenang Ungku Aziz: Monumen Minda, Warisan Bangsa"  
      (Menyorot isu kemiskinan melalui lensa perjuangan dan pemikiran Ungku Aziz)
 Kandungan poster digital hendaklah mencerminkan pemikiran dan sumbangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, khususnya dalam bidang pendidikan, pembangunan sosial, koperasi dan masyarakat di Malaysia.


3.  KAEDAH PENDAFTARAN

3.1  Tarikh pendaftaran dibuka pada Selasa, 10 Jun 2025.

3.2  Pendaftaran boleh dibuat menggunakan pautan Google form di bawah atau melalui QR Code yang boleh diimbas pada poster dan laman web UAC. 

       Pautan pendaftaran Poster Digital: https://forms.gle/HmtBAg2S9XSisXnc9 atau imbas kod QR ini:  


4. KRITERIA UTAMA PEMARKAHAN

4.1 Kepatuhan kepada tema - 30% (Keserasian rekabentuk dengan tema)

4.2 Kreativiti dan gaya penyampaian - 40% (Inovasi dalam rekaan, daya tarikan visual dan kesan artistik)

4.3 Kejelasan mesej dan impak sosial - 30% (Keupayaan poster menyampaikan mesej dengan jelas serta memberi kesan kepada khalayak)


5. PENGUMUMAN PEMENANG

5.1  Pengumuman pemenang akan diadakan secara fizikal di Universiti Malaya pada Rabu, 2 Julai 2025.
5.2   Tentatif acara akan dimuat naik di laman web UAC dan tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.


6. HADIAH PENYERTAAN

6.1 Hadiah Pertandingan Poster Digital adalah seperti berikut:

BILKATEGORI PEMENANGHADIAH
1Tempat PertamaRM800 + Sijil
2Tempat KeduaRM700 + Sijil
3Tempat KetigaRM600 + Sijil


7.  TARIKH TUTUP PENYERTAAN

7.1 Penyertaan mestilah dihantar sebelum atau pada Sabtu, 21 Jun 2025 (12.00 Pagi).

7.2 Penyertaan selepas daripada tarikh ini tidak akan diterima.

 

Last Update: 11/06/2025