• UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo

Syarat Penyertaan


 SAYEMBARA “MENELUSURI WARISAN UNGKU AZIZ: DEKLAMASI SAJAK DAN POSTER DIGITAL”      
"Mengenang Ungku Aziz: Monumen Minda, Warisan Bangsa"


KATEGORI: SAJAK

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Terbuka kepada semua yang berminat. Peserta yang terlibat perlu memberikan komitmen untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.

1.2 Bahasa : Bahasa Melayu

1.3 Format : 

       1.3.1 Teks Sajak -PDF

       1.3.2 Video Sajak -  MP4 atau MOV dengan resolusi HD (Peserta perlu memuat naik video yang telah dirakam di Youtube dan menyerahkan pautan URL kepada penganjur bagi tujuan penilaian).

1.4 Durasi Video : 4-10 minit

1.5 Karya : Perlulah hasil ciptaan sendiri dan belum pernah diterbitkan atau dipertandingkan.

1.6 Rakaman Sajak : 

       1.6.1 Mesti dimulakan dengan pengenalan tajuk sajak.

       1.6.2 Peserta boleh melakukan rakaman berdasarkan kreativiti masing-masing seperti mengenakan pakaian dan kostum yang bersesuaian.

1.7 Penyerahan Karya : 

       1.7.1 Setiap peserta hanya boleh menghantar- satu (1) teks sajak dan satu (1) video sahaja.

       1.7.2 Penyerahan fail PDF & video perlu dinamakan berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 

                Contoh: UACSajak_Nama Peserta_TajukSajak

       1.7.3 Penyerahan teks sajak dan video perlu melalui e-mel rasmi pihak penganjur atau platform yang telah disediakan.

1.8 Hak Penganjur:

      1.8.1 Pihak penganjur berhak untuk menyunting, memuat naik atau menerbitkan setiap video penyertaan tanpa mengubah maksud asal yang ingin disampaikan, bagi kegunaan program dan aktiviti yang dianjurkan.

      1.8.2 Nama peserta dalam video berkenaan akan dinyatakan bagi mengekalkan karya asli penyertaan.

      1.8.3 Pihak penganjur berhak mengubah syarat pertandingan yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.


2. TEMA PENYERTAAN

2.1 Tema Sayembara:
     
 "Mengenang Ungku Aziz: Monumen Minda, Warisan Bangsa"

(Menyorot isu kemiskinan melalui lensa perjuangan dan pemikiran Ungku Aziz)


Kandungan sajak hendaklah mencerminkan pemikiran dan sumbangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, khususnya dalam bidang pendidikan, pembangunan sosial, koperasi dan masyarakat di Malaysia.


3.  KAEDAH PENDAFTARAN

3.1  Tarikh pendaftaran dibuka pada Selasa, 10 Jun 2025.

3.2  Pendaftaran boleh dibuat menggunakan pautan Google form di bawah atau melalui QR Code yang boleh diimbas pada poster dan laman web UAC. 

       Pautan pendaftaran deklamasi sajak: https://forms.gle/zwv3giYZRuE6hr817 atau imbas kod QR ini:



4. KRITERIA UTAMA PEMARKAHAN

4.1 Penghayatan tema dan mesej- 40% (Keupayaan menyampaikan mesej berkaitan tema dengan jelas dan berkesan serta kandungan isi tersurat dan tersirat)

4.2 Kreativiti dan gaya penyampaian – 40% Keaslian persembahan, ekspresi emosi, intonasi, lontaran suara dan teknik deklamasi

4.3 Penggunaan bahasa dan diksi – 20% Kefasihan bertutur, pilihan kata yang sesuai, dan struktur bahasa yang kemas. 


5. PENGUMUMAN PEMENANG

5.1  Pengumuman pemenang akan diadakan secara fizikal di Universiti Malaya pada Rabu, 2 Julai 2025.
5.2   Tentatif acara akan dimuat naik di laman web UAC dan tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.


6. HADIAH PENYERTAAN

6.1 Hadiah Pertandingan Deklamasi Sajak adalah seperti berikut:

BILKATEGORI PEMENANGHADIAH
1Tempat PertamaRM800 + Sijil
2Tempat KeduaRM700 + Sijil
3Tempat KetigaRM600 + Sijil


7.  TARIKH TUTUP PENYERTAAN

7.1 Penyertaan mestilah dihantar sebelum atau pada Sabtu, 21 Jun 2025 (12.00 Pagi).

7.2 Penyertaan selepas daripada tarikh ini tidak akan diterima.

 

Last Update: 11/06/2025