Perjumpaan dan Perbincangan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC) bersama Lembaga Zakat Selangor (MAIS) pada 17 April 2024.Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan kolaborasi bersama dalam sesi majlis mejabulat ("Roundtable") aspirasi menangani miskin bandar yang akan diadakan pada 8 Mei 2024.Hasil perbincangan bersama, pihak UAC akan diberikan slot pada majlis tersebut untuk memberikan sedikit perkongsian berkenaan definisi miskin bandar berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan.Semoga dengan kolaborasi ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan dapat meneruskan jalinan kerjasama pada masa akan datang.