• Welcome to UNGKU AZIZ CENTRE FOR DEVELOPMENT STUDIES
  • uacds@um.edu.my
logo
logo


Pada 20 Ogos 2024, Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC) telah menganjurkan sebuah forum bertajuk "State of Nation's Economy: The Way Forward" di Bilik Senat, Aras 4, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya.

Panel-panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini termasuklah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali; mantan Pengarah Program Kebangsaan, Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Datuk Nik Ahmad Faizul Abdul Mallek; serta mantan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS), Mohd Radzuan Abdul Halim.

Antara intipati perbincangan tersebut adalah bahawa mana-mana negara yang berusaha mencapai sifar inflasi berpotensi menghadapi masalah ekonomi. Sebagai contoh, Jepun mempunyai kadar inflasi yang rendah tetapi mengalami masalah ekonomi. Perbincangan tersebut juga menekankan bahawa masalah inflasi dan kenaikan kos sara hidup adalah dua perkara berbeza yang sering disalahfahami oleh orang ramai.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah UAC, Prof. Datin Sri Dr. Suhaiza Hanim Dato' Mohamad Zailani, dan diakhiri dengan rumusan oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed, yang juga merupakan penasihat ekonomi di UAC.

Pihak UAC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang hadir ke forum ini. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda semua dalam program-program anjuran kami yang akan datang. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan forum ini.

Untuk menyaksikan rakaman forum tersebut, anda boleh tekan pautan berikut: https://youtu.be/JI5-eSRiY7U.


On August 20, 2024, the Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC) organized a forum titled "State of Nation's Economy: The Way Forward" at the Senate Room, Level 4, Chancellery Building, Universiti Malaya.

The invited panelists for this discussion included the Director of the Malaysian Institute for Inclusive Development and Progress, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali; former Director of the National Program, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Datuk Nik Ahmad Faizul Abdul Mallek; and former Independent Non-Executive Director at the Ombudsman for Financial Services (OFS), Mohd Radzuan Abdul Halim.

Among the key points discussed was the notion that any country striving for zero inflation may potentially face economic challenges. For instance, Japan has a low inflation rate but experiences economic issues. The discussion also emphasized that inflation and the rising cost of living are two different matters often misunderstood by the public.

The event commenced with a welcoming speech by the Director of UAC, Prof. Datin Sri Dr. Suhaiza Hanim Dato' Mohamad Zailani, and concluded with a summary by Dato' Sri Mustapa Mohamed, who also serves as an economic advisor at UAC.

The UAC extends its highest appreciation to all participants who attended this forum. We warmly welcome your presence at our future events. Additionally, our heartfelt thanks go out to all those who were directly and indirectly involved in making this forum a success.

To watch the recording of the forum, please click on the following link: https://youtu.be/JI5-eSRiY7U.


Highlights