Pada 12 Jun 2024, pihak Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan program IdeaXchange ke-40 bersempena dengan Jelajah Wilayah Selatan ASM yang bertempat di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM), Johor dan Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Prof. Datin Sri Dr. Suhaiza Hanim telah dijemput untuk menjadi salah satu panel di dalam program tersebut.
IdeaXchange yang dianjurkan oleh ASM adalah untuk membincangkan isu-isu topikal dalam sains, teknologi, dan inovasi (STI) serta perkara-perkara antara disiplin di kalangan rangkaian pakar ASM dan komuniti yang lebih luas termasuk aktivis saintifik, spiritual, atau intelektual lain. Hasil daripada sesi ini bukan sahaja menjana perbincangan yang membina tetapi juga memberikan idea-idea baharu untuk diserahkan kepada Kerajaan. Oleh itu, topik untuk IdeaXchange ke-40 ialah "Mewujudkan Ekosistem untuk Menjadikan Malaysia sebagai Hab Perniagaan dan Perkhidmatan untuk Wilayah."
Tema IdeaXchange ke-40 bertujuan untuk menggariskan pertimbangan utama dan pelan tindakan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik syarikat multinasional dan memupuk keusahawanan. Ia juga menangani isu-isu yang berpotensi berkaitan inisiatif kerajaan, infrastruktur & sokongan, serta pendidikan & pembangunan bakat. Perbincangan ini bertujuan untuk berkongsi kajian kes mengenai hab perniagaan dan perkhidmatan yang berjaya di wilayah lain dan mengambil pengajaran yang boleh diterapkan dalam konteks Malaysia.
On 12th June 2024, The Academy of Sciences Malaysia (ASM) organized the 40th IdeaXchange program in conjunction with the ASM Southern Region Tour, held at Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. The Director of the Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Prof. Datin Sri Dr. Suhaiza Hanim, was invited to be one of the panelists in the program.
The IdeaXchange is organised by ASM to discuss on science, technology and innovation (STI) topical issues and interdisciplinary matters among the ASM expert network and the wider community of scientific, spiritual or other intellectual activists. The outcome of these sessions not only generate constructive discussions but also give rise to new ideas for eventual submission to the Government. Thus, the topic for the 40th IdeaXchange is "Creating the Ecosystems to Position Malaysia as the Business and Services Hub for the Region".
The theme of the 40th IdeaXchange aims to outline key considerations and action plans to foster a conducive environment to attract multinational corporations and nurturing entrepreneurship. It also addresses potential issues on government initiatives, infrastructure & support, as well as education & talent development. The discussion aims to share case studies of successful business and service hubs in other regions and draws lessons that can be applied to Malaysia's context.